1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

SIJIL TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MEKANIK INDUSTRI (SMI)

Nama Program: Sijil Teknologi Fabrikasi Logam | Certificate in Industrial Mechanic Engineering Technology.

Kod Program: M 22

Mod Pengajian: Sepenuh Masa

Tempoh Pengajian: 2 tahun ( 4 semester )

Syarat Kemasukan

  • Lulus SPM atau setara dengan sekurang - kurangnya

    1. Lulus Bahasa Melayu
    2. Satu (1) kepujian dalam mana-mana matapelajaran
    3. Lulus Matematik / Matematik Tambahan

  • LELAKI SAHAJA

Sinopsis Program

Kursus ini menawarkan latihan berasaskan teori dan amali dalam bidang Teknologi Kejuruteraan Mekanik Insdustri. Pelatih berpeluang melakukan latihan amali secara berseorangan dan secara berkumpulan. Pengetahuan dan latihan meliputi:
  1. Kerja-kerja mengegas.
  2. Kerja-kerja mengimpal menggunakan gas dan arka.
  3. Membaiki, membaikpulih dan merombakrawat mesin-mesin jentera dan mesin alatan.
  4. Membuat kerja alatganti/komponen mesin dengan menggunakan mesin alatan konvensional dan CNC.
  5. Kerja-kerja asas elektrik.
  6. Kerja-kerja memasang dan menyelenggara sistem kawalan pneumatik dan hiraulik.
  7. Melukis dan memahami lukisan kejuruteraan.
  8. Pengetahuan teknologi dalam bidang asas komputer dan elektronik.
  9. Pengetahuan dalam kerja-kerja teknologi pengeluaran.
  10. Matematik dan Sains Kejuruteraan.

Peluang Pekerjaan

  • Mekanik
  • Mekanikal Fitter
  • Mekanik Industri
  • Juruteknik
  • Pemesin Am
  • Penyelia

Peluang Melanjutkan pelajaran: KKTM/IPT.