Institut Kemahiran MARA (IKM) Kuala Lumpur ialah sebuah institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di bawah MARA yang telah beroperasi sejak tahun 1974. Terletak di atas tanah seluas 4.5 ekar di Kampung Pandan, Jalan Belangkas, Kuala Lumpur, institusi ini berperanan melahirkan graduan Bumiputera berkemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan industri negara.
Penubuhan IKM adalah sejajar dengan matlamat MARA sejak tahun 1968 untuk membangunkan modal insan berkemahiran, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran dunia pekerjaan sebenar.